Sejujurnya, apa yang anda lakukan sebelum tidur? Adakah anda menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah atau terus masuk tidur? Terdapat 3 perkara penting yang harus anda lakukan sebelum tidur untuk mengekalkan kesihatan kulit. Mudah saja, ayuh buat bersama!

BERSIHKAN WAJAH
Biar penat macam mana sekalipun, usah sesekali masuk tidur tanpa membersihkan wajah terlebih dahulu. Buat anda yang memakai mekap pada siang hari terutamanya, disarankan untuk membasuh muka.


Anda boleh memakai krim malam jika mahu atau sekadar menggunakan minyak kelapa dara bagi mengekalkan kelembapan kulit.

GUNAKAN MASKER WAJAH
Jika kulit wajah tidak mempunyai kelembapan yang cukup, ia akan mudah terhidrasi dan menggalakkan wujudnya garis-garis halus pada bahagian tertentu di wajah.

 


 

Bagi memelihara kelembapan kulit, anda boleh gunakan masker wajah. Pilih masker jenis helaian (sheet mask) yang sangat praktikal untuk melembapkan dan menyegarkan kulit wajah anda.

MINUM AIR YANG BANYAK
Sebelum masuk tidur, pastikan anda minum sekurang-kurangnya 1-2 gelas kecil air masak. Untuk pengetahuan anda, seseorang yang tidur di dalam bilik dengan penghawa dingin dalam tempoh 8 jam akan kehilangan sehingga 500ml cecair dalam badan.

Selain minum air, jangan lupa untuk mengoles produk yang berfungsi untuk melembapkan kulit sebelum tidur.


Seperti mana tubuh kita, sesungguhnya kulit wajah juga memerlukan rehat yang cukup. Anda harus berusaha sedikit untuk mengekalkan kesihatan serta kecantikan kulit wajah. 3 perkara yang RAPI senaraikan ini sangat asas dan mudah untuk dilakukan. Selamat mencuba!