HIGHLIGHT
  • Cuti sekolah akhir tahun sudah semakin hampir! Bagaimana anda merancang percutian dan juga rutin senaman anda? Ikuti lima tip mudah ini.
  • Inilah perkara yang paling ditakuti oleh ibu yang baru melahirkan anak. Saiz pinggang yang semakin melebar dan belum lagi cerita bab-bab saiz paha, perut dan punggung.Kenapa wanita lepas bersalin mengalami masalah ini. RENCANA khas kali ini mengupas tentang terperinci.
  • Ketahui pelbagai tip untuk kekal cergas sepanjang bulan Ramadan untuk edisi Jun 2015. Pelajari juga teknik mengajar anak-anak mula berpuasa serta menu terbaik untuk berbuka puasa bagi mendapatkan berat badan idaman anda.
  • Sempena sambutan Hari Ibu Sedunia pada setiap bulan Mei, RAPI memaparkan pengisian menarik berkaitan wanita bergelar ibu untuk edisi kali ini.
  • Sempena Hari Kesihatan Sedunia, RAPI telah menghasilkan sebuah edisi khas yang sudah tentunya memberi pelbagai tip dan panduan kesihatan, kecergasan, dan kecantikan untuk bacaan anda. Apa lagi yang menarik dalam edisi khas RAPI isu April 2015? ''Pelaburan' anda pasti berbaloi.
  • Ketahui rahsia kulit cantik Elizabeth Tan. Apa yang selalu dia lakukan? Jom, dapatkan majalah RAPI isu 15 Februauri di pasaran sekarang!
  • Kenali Daiyan Trisha, gadis muka hadapan Rapi edisi 15 Januari 2015. Gadis ini berkongsi tip sihat, cergas, dan cantiknya. Dapatkan majalah Rapi segera!
  • Mendekati gadis muka hadapan kali ini, Aisyah Aziz berkongsi rahsia cergas, sihat, dan cantiknya.
  • Bukan sekadar berdasarkan wajahnya yang cantik, tetapi pelakon ini mempunyai bakat lakonan yang tersendiri. Di sebalik wajah dan personaliti mempesonanya itu, rupa-rupanya Aishah Ilias sangat sukakan aktiviti lasak. Bahkan pernah menduduki carta 'Top 10' dalam satu aktiviti maraton yang disertainya!
  • Walaupun bertubuh genit, Feeya melakukan latihan beban untuk kekal cergas. Dapatkan majalah Rapi edisi 1 Oktober 2014 untuk mengetahui lebih tentangnya.
  • Dia mula dikenali melalui drama muzikal ‘Hotel Mania’ suatu ketika dahulu di samping filem-filem terbitan Metrowealth. Namun, bagi anda yang mengikuti perkembangan gadis kelahiran Sabah, Adeline Anthony Primus Tsen atau lebidikenali sebagai Adeline Tsen, 28, anda pasti teruja dengan perubahan fizikalnyayang bertambah langsing dan menawan. Kejayaan tidak akan datang bergolek. Pasti ada halangan yang menjengah. Begitu juga dengan Adeline. Dia mengambil masa selama dua tahun untuk mendapatkan berat idaman. Bukan satu jangka masa yang singkat! Mahu tahu rahsianya? Jom, kita dapatkan Adeline!
  • Tidak kira watak apa pun yang diberi, akan digalas sepenuh jiwa dan terkesan di hati penonton. Setiap drama lakonannya, pasti mencatatkan rating tinggi. Raut wajah cantik seiring bakat yang dimiliki, merupakan pakej lengkap bagi pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum, 24 tahun ini. Tentunya anda ingin berkongsi rahsia sihat dan cantik Siti Saleha. Ayuh, kita bongkar rahsia gadis kelahiran England ini!
  • Diana Danielle pelakon dan pengacara yang cukup berbakat, pastinya dicemburui ramai wanita. Apa tidaknya, meskipun sudah bergelar seorang ibu, potongan tubuhnya persis anak dara. Malah bentuk tubuh yang langsing berbanding zaman solonya membuatkan ramai tertanya-tanya apakah petua dan rahsia yang diamalkan oleh ibu muda ini.
  • Satu demi satu drama lakonannya mendapat perhatian ramai. Antara lakonan Emma Maembong yang cukup menyerlah adalah dalam drama adaptasi novel romantik 'Projek Memikat Suami'. Bakatnya yang bersinar bak bintang di langit membuatkan RAPI terpanggil untuk mengabadikan gadis berwajah pan-Asian ini sekali lagi sebagai gadis penghias kulit.
  • Memilih selebriti yang sedang berbadan dua sebagai penghias muka hadapan adalah sesuatu yang jarang berlaku, tetapi mengapa tidak? Mereka juga perlu menjaga, mengekalkan kesihatan dan kecantikan yang dimiliki. Kali ini, Scha Alyahya telah berkolaborasi bersama RAPI bagi menjayakan muka hadapan istimewa ini.
  • Isi masa terluang hujung minggu ini dengan pelbagai aktiviti menarik Hijabi Flea Market. Lebih 60 buah gerai menjual pelbagai barangan dibuka untuk anda semua. Menarik lagi, anda juga berpeluang untuk menjadi model! Wow, ‘best’ ni!
  • Lakonannya bersahaja di dalam drama bersiri 'Playboy Itu Suami Aku' sebagai Afina, membuatkan penulis teringin mendekati gadis ini. Apabila bertemu, orangnya manis dan mudah tersenyum. Nur Risteena Munim atau mesra disapa sebagai Ris, berkongsi rahsianya kekal fit, sihat, dan cantik walaupun sibuk bekerja. Ayuh, kenali penghias muka hadapan RAPI isu ini!
  • Bertubuh genit dan gemar tersenyum, itulah gambaran pertama tentang pelakon cantik, Anzalna. Sebenarnya agak lama untuk mendapatkan Anzalna bagi ruangan PROFIL ini berikutan jadualnya yang padat. Namun tarikan tersendiri yang dimilikinya membuatkan penulis tidak berputus asa.Kesempatan yang ada ini kami gunakan untuk bertanyakan tentang penjagaan kecantikan, aktiviti kecergasan dan juga cara Anzalna menangani stres.
  • Sekali pandang, wajah pelakon Amyra Rosli persis pelakon Indonesia, Nia Ramadhani yang cukup popular menerusi telenovela 'Bawang Merah Bawang Putih' sutu ketika dahulu. Menerusi drama rantaian 'Ku Cinta kau Seorang', Amyra yang mesra disapa Myra ini berjaya membuktikan bahawa dia mampu berdikari tanpa 'menumpang' populariti orang lain. Sedar tentang kehadirannya yang semakin mendapat perhatian, RAPI mengambil kesempatan mengabadikan wajah gadis genit ini sebagai penghias kulit majalah. -m/s 10
  • Kaka, atau nama sebenarnya Nor Atiqa nor Azraff, 25 tahun, ternyata memiliki pakej lengkap sebagai penghibur. Cantik, langsing, mesra dan ceria, itulah personalitimenarik pelantun lagu ‘Bawaku Pergi’ dan ‘Infiniti Cinta’ duet bersama Zizan ini. Ingin tahu apakah rahsia cantik dan langsing Kaka? Jom, kita selongkar!
  • Menonton lakonan Ika Nabella sebagai Anisah menerusi drama bersiri ‘Seindah Sabarmu’, membuatkan penulis terpanggil untuk menjadikannya sebagai penghias kulit depan kali ini. Lebih mesra dipanggil Ika, orangnya kecil molek dan sopan sekali. Memilih konsep 'hiking' untuk sesi fotografi, ayuh kenali gadis manis ini dengan lebih dekat. RAPI kini menyingkap rahsia Ika kekal fit, sihat, dan cantik dalam kesibukkannya berlakon.
  • Memasuki dunia hiburan ketika berusia 16 tahun membuka peluang kepada Cha Cha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail melebarkan sayap di pentas dunia lakonan. Nama Cha Cha melonjak dalam waktu yang cukup sekejap dan ia merupakan satu perkembangan yang positif dalam kerjayanya. Menyedari personaliti Cha Cha yang kian mendapat perhatian ramai, RAPI mengambil kesempatan mengabadikan wajahnya sebagai penghias kulit majalah.
  • Drifting. Bukan calang-calang orang meminati sukan ekstrem ini, apa lagi jika sosok itu seorang gadis. Jika berpeluang mencubanya pun, ramai yang akan memejam mata dan memegang sesuatu sekuat mungkin. Tetapi tidak bagi pelakon muda, Miera Liyana. Pmanduan laju sukan drift banyak mengajarnya beberapa pekara terutamanya untuk kekal fokus.
  • Pelakon yang semakin mengukir nama di persada seni tanah air ini memang cergas dan lincah orangnya. Walaupun kurang sihat ketika sesi fotografi berlangsung, dia tetap dia. Kelincahan dan gelak tawanya menutup segala kesakitan yang ditanggung. Itulah dia Ros Ramona Qadira Mohd Roslan@ Zamzam atau lebih dikenali sebagai Ramona Zamzam, 23 tahun.
  • 2014, RAPI menampilkan si manis Zara Zya sebagai gadis penghias kulit yang pertama. Popularitinya melonjak naik selepas membintangi drama ‘Love You Mr Arrogant’. Walaupun beliau sudah memulakan karier lakonan sejak 10 tahun yang lalu, namun baru kini namanya meniti ke puncak. Yakin dengan karisma dan azamnya dalam dunia seni, RAPI bawakan beliau untuk anda semua. Ayuh kita singkap kisah cantik, sihat dan cergas Zara.
  • Akhir sudah lembaran 2013 dan kini tiba masanya untuk menyambut kedatangan tahun baru yang pasti akan dipenuhi dengan pelbagai coretan akan datang 2014. Ada yang berazam untuk kurus, ada juga yang ingin mengubah penampilan agar tampil lebih cantik dan bermacam-macam azam lagi lah. Apa yang pasti, RAPI akan terus bersama anda membawa pelbagai tip berguna agar anda kekal sihat dan cantik menjelang arena 2014 ini. Jom aktif dan sihat bersama RAPI!
  • Melihatkan kelembutannya tika berbicara pasti membuatkan hari sesiapa sahaja yang melihat, tertawan. Ditambah dengan kejelitaan yang dimiliki, merupakan pakej lengkap bagi pemilik nama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21 tahun atau lebih mesra disapa Sha. Oleh kerana kelebihan yang dimiliki inilah dia semakin mendapat tempat dihati peminat serta penerbit-penerbit drama atau filem. Anda tentu ingin tahu apakah rahsia jelita Uqasha bukan? Jom, kita bongkar!
  • Agresif. Aktif. Muda. Segar. Semua ciri ini ada pada personaliti Profil kali ini. Siapa yang tidak kenal dengan Stacy? Dia cukup sinonim dengan lagu dan gerak tari lincah di atas pentas. Melihatkannya membuat kita teruja dan mahu turut menari. Peminat juga selalu menanti-nantikan kemunculan Stacy bagi melihat imej dan gaya rambut terkini. Istimewa keluaran kali ini, Stacy berkongsi semua tentang terapi, penjagaan kecantikan, kesihatan dan juga kecergasan dirinya.
  • Dalam kesibukkan mengharungi kehidupan harian, Diana sentiasa tampak ceria. Lalu bagaimana agaknya ibu muda ini mengawal stress ketika berhadapan dengan masalah? Apakah rahsianya? Jom kita selongkar rahsia Diana Rafar.
  • Gadis ini memang cantik! Dengan hanya mengenakan dres dan cermin mata hitam, penampilannya ringkas namun masih punyai tarikan tersendiri. Bakat Reen Rahim, penghias kulit kali ini dicungkil melalui sebuah program realiti. Lakonan Reen semakin disebut-sebut apabila memegang watak antagonis, Balqis, di dalam drama bersiri ‘Cinta Jannah’ tidak lama dahulu. Mengagumi lakonannya membuatkan RAPI tidak membuang masa untuk mendekatinya bagi mengorek segala rahsia sihat, cergas, dan cantiknya.
  • Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25 tahun ini boleh dikategorikan sebagai wanita yang cukup bertuah. Pasti ramai yang mencemburui dan mahu menjadi sepertinya. Lihat sajalah bentuk badan pelakon cantik ini yang kembali langsing seperti anak dara walaupun baru sahaja melahirkan seorang putera. Ingin tahu rahsia memey? Jom kita bongkar!
  • Penghias muka depan majalah Rapi isu 1 Oktober 2013 kali ini pasti tidak mengecewakan anda! Jom ikuti temubual ringkas kami bersama Erin Malek dan ketahui rahsia diet kesihatan yang diamalkan beliau.
  • RAPI ingin menjemput anda ke majlis Pink Ribbon anjuran MURAD. Majlis akan berlangsung pada 10 Oktober ini jam 3 petang bertempat di MURAD, Empire Shopping Gallery, Subang. Sila rujuk poster untuk maklumat lanjut. Anda berpeluang untuk menjalani pemeriksaan payudara percuma, mendengar sharing dari bekas pesakit dan banyak lagi. Ayuh, jangan ketinggalan ya?
  • Setiap selebriti mempunyai caranya tersendiri untuk mengekalkan kesihatan. Begitu juga dengan penghias muka hadapan Rapi isu 15 September ini, Sherry Ibrahim menjaga kesihatannya bermula seawal pagi.
  • Bakatnya dalam dunia lakonan tidak perlu dipertikaikan lagi. Filem dan drama lakonan gadis genit ini sentiasa mendapat perhatian pencinta seni tanahair. Nyata, Intan Ladyana hadir dalam pakej yang cukup lengkap. Bukan sahaja memiliki paras rupa menawan tetapi juga berbakat besar dalam dunia lakonan.
  • Nestle (Malaysia) Berhad bersama Tetra Pak Malaysia telah melancarkan projek terbaru yang dinamakan The CAREton project. Projek ini menyasarkan untuk mengumpul sebanyak 1.5 bilion kotak minuman terpakai bagi dikitar semula menjadi jubin bumbung rumah. Wow, biar betul?
  • Wajah yang cukup manis, petah berbicara dan sentiasa tampak bersemangat. Walaupun sentiasa berdepan dengan hidangan enak setiap kali memandangkan kerjayanya sebagai chef, beliau tetap mempunyai susuk tubuh menawan dan kecantikan tersendiri. Dari awal pertemuan kami memang tidak sabar berkongsi rahsia dengan chef yang kami gelarkan ‘chef cantik’ ini. Jom kita kongsikan apakah rahsia pemilik nama Anis Nabilah Umaruddin, 27, kekal langsing dan cantik.
  • Orangnya comel, umpama gadis Korea. Hadir ke Karangkraf dengan penampilan ringkas dan wajah bebas solekan. Tampak pendiam, namun ia hanya bertahan pada beberapa saat pertama. Rupanya Yana jenis yang tidak tahu duduk diam! Dengannya kami bertanyakan tentang amalan kesihatan dan kecergasan, maka terlahirlah artikel yang menceritakan perihal Yana, sebagai gadis muka hadapan kali ini.
  • Pertama kali penulis melihat wajahnya ialah sewaktu dia menghiasi kaca televisyen sebuah program realiti, Malaysia’s Most Beautiful sekitar enam tahun yang lalu. Bakat seninya mula digarap melalui lakonan berkesan dalam drama bersiri ‘Dua Hati’. Sedari itu, namanya menjadi sebutan peminat-peminat drama melayu.
  • Hanis Zalikha Zainal. Siapakah gerangan si gadis cantik yang berusia 22 tahun ini? Namanya sering menjadi sebutan para blogger serta peminat si fashionista. Paling memeranjatkan, gadis ini mampu mengatasi penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dalam carian Google 2010 Malaysia. RAPI memilih untuk mendekati si gadis manis ini. Ayuh, saksikan.
  • Penulis mengagumi kecantikan wanita ini tatkala menonton drama bersiri ‘Bicara Hati’ suatu masa dahulu. Dia yang memegang watak Fatimah, teman baik kepada Zahlia (Cristina Suzanne) mempamerkan lakonan bersahaja dan natural. Sudah terdetik di hati penulis untuk memanggilnya menghiasi ruangan Profil majalah RAPI. Lantaran itu, penulis tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan nombor telefon Abby dari sahabat karibnya. Siapa lagi kalau bukan Cristina?
  • Siti Saleha Mohd Baharum 22, atau lebih mesra dengan sapaan Saleha pernah menjadi penghias muka depan majalah RAPI pada keluaran September 2011 lalu. Ketika itu penggambaran hanya dilakukan di studio Kumpulan Media Karangkraf. Kini, penulis kembali bertemu Siti Saleha. Cuma lokasinya berbeza. Penulis mengatur janji temu dua minggu lebih awal kerana bimbang artis cantik ini tidak dapat memenuhi undangan kami sebagai penghias muka hadapan untuk kali ini.