Apa itu latihan litar?

Biasanya terdapat enam ke sepuluh senaman berat untuk melengkapkan satu latihan litar. Setiap senaman mempunyai beberapa jumlah pengulangan atau had masa sebelum seseorang itu boleh ke senaman yang berikutnya. Setiap senaman akan ada ruang untuk berehat. Setiap litar boleh dilakukan mengikut tahap kemampuan seseorang, sama ada anda jenis baru atau profesional.

 

Info:- Anda perlu menyenaraikan jenis senaman yang mahu dilakukan dalam satu latihan litar. Untuk pengetahuan anda, setiap litar perlu mempunyai senaman yang menekankan keseluruhan tubuh, bahagian atas tubuh, bahagian bawah tubuh, dan sebagainya.

 

Ketika membuat perancangan litar anda, anda perlu tahu bagaimana untuk melakukan setiap senaman, tempoh waktunya, dan sejauh mana tubuh anda boleh berehat selepas itu. Sebelum memulakan sesebuah latihan litar, anda perlu membuat regangan badan. Begitu juga selepas selesai melakukannya.

 

Anda boleh merujuk senaman dalam latihan litar melalui internet atau bertanyakan kepada instruktor di gimnasium .

 

Info:- Anda boleh memperuntukkan 20-30 saat untuk setiap senaman dengan tempoh masa 30 saat untuk berehat di antaranya. Lakukan tiga ke lima set latihan litar dengan tempoh masa tiga minit rehat di antaranya.

 

Info:-  Untuk keberkesanan latihan litar kepada tubuh anda, sudahkan dua latihan litar setiap minggu dengan tempoh waktu rehat sekurang-kurangnya 48 jam di antara setiap sesi.

 

Kebaikan latihan litar:-

 

  1. Memantapkan kekuatan tubuh. 
  2. Latihan yang sesuai untuk persediaan tubuh bagi semua jenis sukan.
  3. Boleh diubahsuai mengikut umur, kecergasan, dan tahap kesihatan seseorang.
  4. Setiap senaman boleh dipilih mengikut kemampuan, dari mudah ke tahap yang paling sukar bagi memastikan setiap orang mampu menyempurnakannya.
  5. Bagi meningkatkan semangat seseorang, pelbagai pilihan senaman boleh dicuba bagi menggantikan set latihan litar yang lama.

Kekurangan latihan litar:-

 

  1. Kebanyakan senaman memerlukan kelengkapan sukan seperti peralatan di gimnasium.
  2. Ruang yang agak besar diperlukan bagi memudahkan seseorang melengkapkan latihan litarnya.
  3. Secara umumnya hanya boleh dilakukan apabila kelengkapan dan ruangnya ada.
  4. Jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan. Latihan litar perlu mendapat pemerhatian daripada jurulatih profesional.