Walaupun senaman sangat penting untuk kecergasan dan kemantapan tubuh tetapi anda tidak mampu untuk mengikuti rutin senaman setiap hari. Banyak alasan yang akan tercetus antaranya anda tidak mempunyai masa untuk bersenam. Akhirnya anda pun membeli alat senaman dengan harapan mampu melakukan senaman di rumah. Tetapi, itu hanya seketika sahaja dan akhirnya alatan senaman anda menjadi tempat meletakkan pakaian. Jadi, untuk anda tidak menyesal membeli peralatan senaman yang canggih itu, anda perlu tahu fungsi dan info produk tersebut.

 

FIKIRKAN...

Sudah tentu anda keliru untuk memilih peralatan senaman yang ingin dibeli. Jangan tergesa-gesa, fikirkan seketika.

 

*Pastikan anda mengetahui keluasan ruang yang ingin anda tempatkan peralatan tersebut.

 

*Pastikan anda tahu tujuan anda membeli peralatan itu sama ada untuk menurunkan berat badan, memiliki badan lebih mantap atau sekadar untuk menjaga kesihatan.

 

PEMILIHAN ALAT SENAMAN

Peralatan yang paling asas untuk anda bersenam dan perlu ada ialah:

 

ALAT KARDIO

*Ia diperlukan untuk menjaga kesihatan jantung. Latihan yang dilakukan juga dapat meningkatkan kualiti kardio.

 

*Antara pilihan alat kardio yang terbaik adalah treadmill, basikal pelbagai fungsi atau eleptical trainer.

 

ALAT BEBAN

*Alatan ini untuk meningkatkan massa otot supaya badan tetap tegap dan kencang.

 

*Untuk latihan beban, anda haruslah mempunyai tikar senaman untuk melakukan pelbagai gerakan meningkatkan massa otot (bahagian paha, perut, lengan).

 

*Selain itu, anda juga boleh membeli stability ball atau set dumbbell.

 

PERLU TAHU:

Jika anda seorang yang tidak suka melakukan senaman seorang, gimnasium adalah tempat terbaik untuk anda bersenam. Amat merugikan jika anda membeli perlatan senaman tetapi dibiarkan begitu sahaja.

 

PERHATIKAN KETAHANAN BADAN ANDA!

Semangat dan kesungguhan untuk bersenam bukan bermakna anda harus membeli alat senaman. Sebaliknya, anda perlu periksa dan perhatikan ketahanan badan anda sesuai dengan penggunaan alatan senaman yang ingin dibeli. Tiga pilihan terbaik untuk anda ialah:

 

*Treadmill Anda boleh memilih alatan ini jika anda seorang yang fit dan tidak mempunyai masalah kesihatan.

 

*Eleptical Trainer Pemilihan alatan senaman ini sesuai, jika anda mempunyai masalah kesihatan dan obesiti. Ini untuk membantu kesihatan jantung dan bahagian badan yang lain.

 

*Elak Kecederaan – Mintalah panduan daripada jurulatih peribadi atau kaunseling dari doktor untuk anda mendapatkan peralatan senaman yang terbaik.

 

KETAHUI & PELAJARI ALATAN SENAMAN

*Setelah anda mengetahui alat senaman yang sesuai, carilah informasi tempat yang menjual alatan tersebut. Minta pendapat dari kawan-kawan atau jurulatih peribadi.

 

*Ketahui kualiti dan ketahanan alat senaman tersebut.