Mesti ramai yang cemburu apabila melihat selebriti yang sudah memasuki usia 45 tahun ini masih kelihatan seperti anak dara. Tentu saja pelakon ini mempunyai rahsia tertentu untuk mengekalkan tubuh badan sentiasa ramping dan awet muda ini.

 

Workout Berterusan

Sesibuk mana pun, anda perlu melakukan senaman walau sekadar 15 minit. Senaman secara berterusan akan membantu tubuh sentiasa segar dan bertenaga. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan senaman setiap hari.

 

"Biarpun saya menetap di hotel, saya tetap boleh bersenam. Sama ada saya sedang menonton televisyen atau berbual di telefon, saya akan melakukan regangan otot dan melakukan sit up."

 

Pilih Organik

Berdiet tidak semesti anda perlu mengawal pemakanan. Anda bebas makan dengan banyak asalkan makanan yang diambil tidak mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi.

 

Bagi Jennifer, dia lebih memilih buah-buahan dan sayur-sayuran organik, mengurangkan gula dan minum banyak air kosong untuk mengekalkan berat badan ideal.

 

Yoga

Ambil masa selama 5 hingga 15 minit untuk beryoga bukan saja memberi ketenangan tetapi melonggarkan otot yang tegang. Menurut Jennifer, usah segan mengikuti kelas yoga untuk melatih anda yang baru pertama kali beryoga kerana yoga memerlukan teknik tertentu.

 

"Ohh... Saya benci sukan lasak seperti boot camp! Saya hanya mahu kekalkan bentuk badan dan sihat. Saya tidak perlu jurulatih yang menjerit ke arah saya."

 

Tidak dapat berlakon dan bertemu bintang Hollywood ini secara dekat pun tidak mengapa asalkan anda dapat mencapai perut kempis, lengan, peha, pinggang yang ramping dan pejal!