Terkentut Ketika Bersenam Perkara Biasa

 

OMG! Malunya ada perkara pelik berlaku pada saya ketika bersenam! Jangan risau, kerana kebanyakan wanita mengalami tiga insiden yang pelik ini ketika melakukan gerakan senaman. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

 

Malunya, saya terkencing!

Sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh Lauren Streicher, M.D., lebih kurang 25 peratus wanita akan melalui pengalaman terkencing ketika bersenam. Anda tidak keseorangan! ‘Kebocoran’ berlaku kerana otot lantai pelvik yang lemah. Ia adalah normal kerana gerakan senaman yang mungkin ‘berat’ untuk tubuh anda. Masalah inkontinens (terkencing sedikit) yang berlanjutan harus mendapat rawatan dari doktor. Ia mungkin satu jangkitan. Menurut pengarang Exercise After Pregnancy, Helene Bryne, senaman untuk lantai pelvik dan otot abdomen boleh mengatasi masalah ini.

 

Eh, puting timbul?

Tahukah anda, bahagian areola mempunyai serat otot yang akan ‘bekerja’ apabila terangsang? Menurut Shilpi Agarwal, M.D., pakar perubatan keluarga dan holistik, rangsangan bukan sekadar berlaku ketika waktu tidur. Ketika senaman, kombinasi pergerakan, peluh, perubahan suhu pada kulit juga akan menyebabkan rangsangan pada areola.

 

Oh, tidak! Saya terkentut!

Senaman akan menyebabkan peristalsis iaitu gerakan otot dalam saluran pencernaan yang menggerakkan makanan atau cecair melaluinya. Gerakan senaman yang meningkatkan tekanan pada bahagian abdomen seperti skuat, lunges, dan crunches, akan membebaskan gas yang ada dalam sistem penghadaman. Untuk mengelakkan kentut ketika bersenam, awasi apa yang anda makan 30-60 minit sebelum itu. Satu info menarik, brokoli juga penyumbang kepada penghasilan gas dalam perut.

 

Kentut vagina? Biasanya akan berlaku ketika membuat gerakan yoga atau pilates. Ketika anda bergerak, udara akan terperangkap di dalam vagina dan ‘terlepas’ ketika anda menukar posisi. Senaman kegel ketika melakukan yoga sangat disarankan bagi mengatasi masalah ini. – RAPI

 

 

/ends/