Ini bukan tipu ya! Resepi ini sangat popular di barat dan ramai yang mengatakan keberkesanannya. Kebanyakkan mereka membuat sup ini apabila masuk musim panas bagi persediaan untuk memakai bikini/baju mandi. Tidak semua orang rajin dan ada banyak masa untuk bersenam.

 

Jadi, mereka 'tipu' badan mereka untuk turun berat badan dengan resepi sup ini. Secara asasnya sup ini adalah sup sayur dan menurut program Weight Watcher, sup ini terletak pada poin '0' yang bermakna sup ini memiliki kalori yang sangat rendah. Anda siap boleh makan sandwich lagi dengan sup ini!

 

Gantikan makanan tengah hari dan makan malam anda dengan sup ini selama seminggu dan perhatikan tubuh anda hilang hampir 4kg~

 

Tunggu apa lagi? Mari lihat resepi untuk sup ajaib ini.

 

magic soups

 

Bahan-bahan:

3 cawan stok daging ATAU stok sayur ATAU stok ayam (pilihan terbaik adalah stok daging)

2 ulas bawang putih (cincang)

1 sudu besar pes tomato

2 cawan sayur kobis (dipotong kecil)

1/2 biji bawang kuning

1/2 cawan lobak merah (dicincang)

1/2 cawan kacang panjang

1/2 cawan zucchini kuning atau hijau (dicincang)

1/2 sudu kecil basil

1/2 sudu kecil oregano

Garam dan lada hitam secukup rasa

 

Cara membuat:

1. Letakkan sedikit minyak zaitun atau canola untuk saute bawang, lobak merah dan bawang putih selama 5 minit.

2. Tambah stok, pes tomato, sayur kobis, kacang panjang, basil, dan oregano. Kemudian letakkan garam dan lada hitam secukup rasa.

3. Biarkan sup mendidih selama 5 - 10 minit sehingga semua sayur lembut, kemudian tambahkan zucchini dan biarkan selama 5 - 10 minit lagi.

4. Siap!

 

Anda boleh tukar sayur-sayuran anda kepada yang lain dengan mengekalkan sayur kobis sebagai komponen utama. Tetapi jangan masukkan kentang pula! Karbohidrat tidak membantu menurunkan berat anda.