Memulakan sesuatu memang sukar. Apatah lagi jika terpaksa meninggalkan tabiat yang sudah terbiasa kita amalkan. Sebagai contoh, bagaimana mahu mula berdiet dan bersenam. Dalam hati mahukan gaya hidup sihat, tetapi otak ligat berfikir betapa banyak pengorbanan yang harus anda lakukan. Ya, pengorbanan!

 

Untuk mendapatkan berat badan ideal, anda harus berdisiplin. Jangan main ‘langgar’ semuanya. Carilah menu sihat yang boleh anda masak sendiri di rumah. Kemudian, dapatkan bahan rujukan tentang senaman yang sesuai dengan anda. Mungkin mengikuti kelas di gimnasium atau sekadar menonton video tutorial. Tidak jadi masalah. Paling penting, mulakan langkah pertama.

 

Tonton video ringkas ini untuk inspirasi anda. Semoga dengan video ini dapat membantu anda memulakan langkah pertama yang ditunggu-tunggu. Jom, tonton sama-sama!