TAHNIAH!
Mungkin anda merasakan telah berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Jangan bimbang, ada beberapa perkara yang boleh menunjukkan diet anda berjaya. Jadi bolehlah anda tahu sama ada diet yang diamalkan itu sesuai atau tidak dengan tubuh anda. Tidak semestinya bergantung kepada mesin penimbang untuk menunjukkan keberkesanan diet anda. Cuba tengok senarai ini:-
 
Lingkaran Pinggang
Biasanya diet anda akan sukses apabila lingkaran pinggang juga turun. Walau bagaimanapun, anda mesti terus berusaha untuk menurunkan berat badan sehingga mencapai berat ideal. Kadang-kadang berat badan sahaja yang berjaya turun tetapi belum tentu lingkaran pinggang terutamanya jika berat hanya turun 1-2kg sahaja. 
 
Semangat Untuk Bersenam
Ketika anda ingin bersenam sama ada di gimnasium atau tempat riadah, anda merasakan sangat seronok, lebih menyenangkan dan tidak membebankan. Malah, ketika bersenam, tahap pernafasan juga stabil. Ini menandakan diet anda berhasil. 
 
Badan Lebih Segar
Setiap kali bangun pagi, anda merasakan badan lebih segar dan ringan. Anda juga merasakan rehat yang cukup dan lebih bersemangat untuk melakukan kerja-kerja harian. Ini menandakan diet yang anda lakukan adalah betul dan nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi. 
 
Tidak Mudah Sakit
Anda sentiasa dalam keadaan cergas, fit dan tidak mudah sakit. Ini menunjukkan anda berada dalam situasi, metabolisme dan penghadaman yang baik. 
 
CERMIN DIRI
KETIKA BERADA DI HADAPAN CERMIN, ANDA SENDIRI DAPAT MERASAKAN BAHAWA PENAMPILAN ANDA LEBIH LANGSING DAN BERBEZA DARI SEBELUM INI. NILAILAH DENGAN JUJUR DAN PERBETULKAN LAGI PROGRAM DIET YANG ANDA LAKUKAN. MENURUT BRAD J BUSHMAN DALAM JOURNAL OF APPLIED PSYCHOLOGY, MELIHAT BAYANGAN SENDIRI DI CERMIN AKAN MEMBUATKAN ANDA LEBIH SEDAR TERHADAP APA YANG ANDA AMBIL DAN BERAPA BANYAK YANG ANDA MAKAN. 
 
Diakui Oleh Kawan-kawan
Bukan seorang dua yang perasaan tentang perubahan diri anda tetapi ramai yang mengakui bahawa anda kelihatan semakin kurus. Jadi, tidak sia-sia latihan dan program diet yang anda lakukan itu. 
 
Syabas, Teruskan Disiplin Diet Anda!
5 Tabiat Makan Yang Sihat
Diet yang berjaya juga berpunca daripada pengambilan makanan yang sihat. Nilaikan makanan yang anda ambil itu sama ada boleh membantu diet anda dan sekaligus untuk meningkatkan kesihatan anda. 
 
1. Fikir semula cara anda makan
Fikirkan panduan pemakanan sihat yang mudah dan jangan mengambil kira keenakan makanan semata-mata (mahal tetapi tidak sihat).

2. Hitung Sarapan
Ambil kira jenis sarapan yang anda sediakan itu boleh membantu membakar lemak sepanjang hari.

3. Elakkan Makanan Yang Diproses
Hidangan dari bahan-bahan yang segar adalah lebih berkhasiat dan rendah garam, gula serta lemak.

4. Makan Setiap 3-4 jam
Cara ini membolehkan gula darah dan paras insulin menjadi stabil. Ia juga menghalang anda untuk makan secara berlebihan pada waktu lain.

5. Pastikan Warna Warni
Cubalah untuk menikmati buah-buahan dan sayuran baru setiap hari untuk menambahkan nutrien penting dalam badan.