Tubuh yang sihat juga boleh diperolehi menerusi pemakanan. Salah satu menu yang perlu anda cuba ialah salmon. Jika tidak suka mentah seperti orang Jepun, tidak mengapa. Banyak lagi resipi menyelerakan lain yang boleh anda cuba. Apa yang penting, kita rebut khasiat yang terkandung di dalamnya.

 

Dari segi  kandungan nutrisi, ikan salmon mengandungi omega-3, omega-6, protein, dan pelbagai lagi vitamin berguna buat kesihatan tubuh badan manusia. Fungsinya daripada mencegah penyakit, membantu pembentukkan otot tubuh badan, sehinggalah ke aspek kecantikkan.

 

Menyediakan menu ikan salmon juga tidak sesukar mana kerana isinya sendiri sudah mempunyai rasa enak semulajadi. Namun bagi mereka yang inginkan kepelbagaian, boleh cuba resipi yang kami kongsikan ini. Nampak ringkas dan menarik oleh individu yang sediakannya.  -rp

 

 

Sumber Youtube: Laura In The Kitchen