Renang membantu anda membakar kalori dengan banyak dan cepat. Bukan itu sahaja, berenang juga melibatkan kesemua otot utama. Secara tidak langsung, ia mampu membentuk badan menjadi lebih menarik. Pendek kata, berenang adalah aktiviti berkesan untuk menurunkan berat badan dan dalam masa yang sama, mengekalkan bentuk yang menawan.

 

Anda boleh berenang dengan fokus untuk memasuki pertandingan atau untuk kepuasan diri. Anda boleh tentukan sendiri sebanyak mana yang anda ingin capai dalam aktiviti ini.

 

Tidak kira apa tujuannya, berenang sememangnya satu aktiviti yang bagus. Bagi yang tidak tahu berenang, anda masih belum terlambat untuk melakukannya.

Untuk menguruskan badan, terdapat beberapa pergerakan yang digabungkan bersama aktiviti renang. Antara yang popular ialah aqua aerobics. Sememangnya ia amat menyeronokkan!

 

Mengapa berenang itu bagus?

  • Membakar kalori dengan banyak.
  • Jantung dan paru-paru bekerja dengan lebih aktif kerana ia membekalkan oksigen.
  • Melatih sistem pernafasan dengan lebih bagus.
  • Mengurangkan risiko tekanan darah rendah.
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, strok, dan sakit jantung.
  • Memberi efek keseronokan dan tenang kerana anda akan punya masa ‘me time’ dan sebagainya.

 

Atlet-atlet terkenal akan berenang untuk memulihkan badan yang cedera. Ia membina kembali kekuatan otot setelah tercedera dalam sukan yang diceburi.

 

Bolehkah berenang membina otot dan bentuk badan?

Ya! Ini kerana berenang melibatkan pergerakan kesemua otot badan. Dalam sukan renang, ia meliputi:

  • Freestyle (gaya bebas)
  • Breaststroke ( Kuak dada)
  • Backstroke ( Kuak lentang)
  • Butterfly ( Kuak kupu-kupu)

 

Dengan itu, anda boleh sasarkan bahagian badan mana yang anda ingin fokuskan.

 

Berenang meningkatkan kekuatan?

Renang merupakan salah satu sukan yang menguji tahap kekuatan badan anda. Ini kerana anda terpaksa berlawan dengan arus air. Pada tahap ini, anda perlukan otot dan daya tahan badan yang kuat.

Selain itu, berenang boleh meningkatkan tahap fleksibiliti badan kerana anda akan bertindak balas dengan pergerakan –pergerakan yang utama.

 

Sebagai permulaan, anda boleh lakukan ini…

  • Periksa pusat renang yang sesuai. Ini kerana terdapat pusat renang yang khusus untuk kanak-kanak, dewasa, perempuan dan sebagainya.
  • Cuba sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berenang.
  • Lakukan senaman regangan sebelum memulakan aktiviti berenang.
  • Ajak kawan jika anda inginkan suasana yang lebih meriah dan seronok. Kawan juga boleh memberi motivasi kepada anda.
  • Mulakan dengan gaya bebas. Selepas anda sudah mahir dan badan sudah bersedia, barulah anda tukar kepada gaya yang lain.
  • Mulakan dengan jarak berenang yang dekat sebelum menambahkan kepada yang lebih jauh.

 

Keselamatan Ketika Berenang

  • Jika mempunyai sebarang masalah, tanyakan kepada pelatih profesional.
  • Bagi ruang kepada perenang yang lain jika anda menggunakan pusat renang awam.
  • Sentiasa berhati-hati dan berwaspada.