Apabila anda sudah memutuskan untuk berdiet, jangan sampai tersalah langkah. Pilihlah jenis diet yang sesuai dengan kemampuan tubuh anda. Entri kali ini mendedahkan 5 fakta tentang diet, yang perlu anda ketahui.

 


1. Kalau anda 20 tahun…
Katakan umur anda sekarang adalah sekitar 20-30 tahun, pastikan ada sumber kalsium dam menu diet anda. Bukan apa, tulang kerangka manusia mula terbentuk sekitar usia 20-an. Pengambilan kalsium yang mencukupi akan membantu anda mempunyai gigi dan tulang yang sihat. Banyakkan pengambilan protein kerana anda bergerak aktif pada usia ini. Protein penting bagi membekalkan tenaga.

 


2. Catu snek!
Boleh makan snek, tetapi kawal. Anda boleh makan snek dua kali seminggu. Selepas mengambil snek yang diingini, jangan lupa untuk bersenam. Ia bertujuan untuk membakar jumlah kalori yang telah anda ambil.

Jangan ditahan keinginan untuk mengambil snek, khuatir pula anda lupa diri dan ‘membalas dendam’! Begini, makan secara bijak. Katakan anda suka makan coklat, anda boleh memilih untuk mengambil coklat dengan kismis. Atau anda boleh makan buah-buahan yang dicecah dengan coklat.

 


3. Pagi-pagi…
Untuk mudah kenyang pada waktu pagi, minum jus buah atau susu setiap kali anda bersarapan. Ia memudahkan perut anda untuk kenyang. Kemudian, makan sekeping roti bakar bersama putih telur yang digoreng menggunakan minyak zaitun. Jika mahu lebih mudah, semangkuk bijirin bersama susu sudah cukup baik.

 


4. Oh, ‘penipu’ rupanya!
Terung goreng berlada dengan sepinggan spageti. Mana satu pilihan anda? Kalau anda pilih terung, anda salah! Benar terung itu sayur. Tetapi ia tidak baik kerana digoreng. Terung adalah sejenis sayur yang mudah menyerap minyak. Apa lagi jika digoreng berlada. Memang enak dimakan tetapi ia tinggi kalori. Alangkah tidak baiknya!

Baik anda makan sepinggan spageti yang kaya protein (dari sos tomato dan daging) serta karbohidrat (pasta). Atau pilihlah wafel dengan menterga kacang berbanding roti gandum dengan krim keju. Makanan ‘penipu’  seperti terung goreng dan roti gandum dengan krim keju harus dijauhi. Anda harus bijak membuat pilihan.

 


5. Diet Zone, apa tu?
Ini adalah diet pilihan Jennifer Aniston dan Sarah Jessica Parker. Amalkan pengambilan makanan rendah karbohidrat dan lemak. Cara ini terbukti mempercepatkan proses pembakaran lemak dalam masa 24 jam.

Sebelum makan, pastikan makanan yang mahu diambil itu mengandungi 40 peratus karbohidrat, 30 peratus protein, dan 30 peratus lemak. Jangan lebih dan jangan juga kurang. Ambil dalam kuantiti kecil dan jadikan buah atau biskut bijirin sebagai kudapan ringan anda.