Sebut sahaja diet, tentu anda memikirkan tentang peraturan pemakanan dan senaman yang sangat ketat. Tidak hairanlah ramai di antara kita yang berputus asa dan membiarkan berat badan naik sesuka hati. Pernahkah anda mencari jalan untuk kurus secara semula jadi tanpa mengambil pil dan mana-mana produk kurus? Yang paling penting, ia bukan sahaja sihat dan selamat, bahkan juga menjimatkan!

Jika anda mengambil banyak masa untuk kurus, biasanya anda akan putus asa dan kembali kepada tabiat biasa sebelum ini. Kunci untuk menurunkan berat badan adalah mengetahui apa yang menyebabkan berat badan akan turun dengan mudah.
Sebenarnya, masih banyak cara untuk anda menurunkan berat badan secara selamat dan semula jadi. Kenali beberapa bahan alami yang mampu merealisasikan impian anda ini.

1. Limau nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan menguruskan badan secara semula jadi, ambillah limau nipis dan belah empat. Perah jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

2. Nanas
Buah nanas kaya dengan vitamin C serta ia dapat mengurangkan gejala beberapa penyakit. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan buah nanas yang tidak terlalu masak. Kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

3. Buah delima
Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk menguruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam  dan tapis. Amalkan minum dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.

4. Lobak merah dan timun
Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikannya sebagai jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya. Minum dua kali sehari sehingga anda mencapai berat badan yang diinginkan.

5. Daun salam (atau daun kari)
Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan di dalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Bagi yang ingin mengatasi masalah  berat badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.

6. Halia
Jus halia sangat berkhasiat untuk membuang angin serta dapat menurunkan berat badan. Air halia memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya, rebus halia 5 inci yang sudah dibuang kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.