Sebiji tomato bersaiz sederhana (kira-kira 123 gram) membekalkan 22 kalori, 0 gram lemak, 5 gram karbohidrat (1 gram serat dan 3 gram gula) serta 1 gram protein.

Tomato adalah sumber terbaik untuk vitamin A dan asid folik. Antara nutrien dan antioksidan yang ada pada tomato termasuklah asid alfa lipoik, lycopene, choline, asid folik, beta karoten dan lutein.

Asid alfa lipoik membantu tubuh menukarkan glukos kepada tenaga. Ada kajian memberitahu asid ini juga bagus untuk membantu mengawal glukos darah.

Lycopene pula adalah antioksidan yang memberikan warna merah pada tomato. Tomato mengandungi kira-kira 80 peratus lycopene.

Choline pula adalah nutrisi terbaik yang ada pada tomato. Ia membantu untuk tidur, pergerakan otot, belajar dan memori. Bahkan choline juga membantu mengekalkan struktur membran selular.

 

Jus tomato

100 gm = 17 kalori

 

 

Pekatan tomato 

½ cawan = 110 kalori

 

 

Salsa tomato

1 cawan = 14 kalori

 

 

Salad tomato

1 cawan = 12 kalori

 

 

Tomato bakar

1 hidangan = 28.9 kalori

 

 

Sos tomato

100 gm = 42 kalori

 

 

Sup tomato

100 gm = 30 kalori

 

 

Tomato kering

100 gm = 258 kalori