Berdiet ada pelbagai cara. Ikutlah diet mana yang sesuai dengan anda. Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapat pandangan daripada doktor sebelum memulakan sebarang diet. Dikhuatiri tidak sesuai, diet tersebut akan menjejaskan tahap kesihatan anda pula. Entri kali ini berkongsi beberapa tip diet yang boleh anda amalkan.

SUP SAYUR JADI SNEK

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/vege%20soup%20guna.jpg

Lebih elok anda makan sup sayur sebagai snek. Ketika menonton televisyen atau membuat kerja yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi, anda cenderung untuk mengunyah. Daripada makan snek yang tidak sihat, makanlah sup sayur. Menurut kajian dari Pennsylvania State University membuktikan sup sayuran lebih baik untuk mengurangkan berat badan berbanding snek rendah lemak.

* Tahukah anda, melonggarkan tali pinggang selepas makan akan menyebabkan usus terbelit dan memulas? Seeloknya jika anda mahu makan banyak, longgarkan tali pinggang terlebih dahulu sebelum makan.

* Menurut Susie Galvez dalam bukunya Weight Loss Wisdom:365 Successful Dieting Tip mengatakan makanan yang dimasukkan ke dalam mulut perlu dikunyah dengan perlahan dan nikmatinya sepuasnya sebelum anda berasa kenyang. Dengan cara ini, anda dapat mengawal jumlah makanan yang diambil.


KURUS DENGAN MENYUSUI BAYI

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/breastfeeding%20mom%20guna.jpg

Bagi ibu selepas bersalin, susuilah bayi anda. Cara ini dapat membantu anda mengekalkan berat badan. Namun begitu, untuk kurus sepenuhnya anda harus menunggu sehingga bayi anda berusia sepuluh atau setahun ke atas sebelum berdiet secara mendadak. Berat badan yang turun secara melulu tanpa diet yang sihat akan membahayakan kesihatan anak anda.

PISTACHIO REDAKAN STRES

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/pistachio%20guna.jpg

Seandainya anda merasa stres, amalkan kacang pistachio. Menurut kajian pakar nutrisi dari Universiti Penn, makan segenggam (11/2 auns) pistachio setiap hari selama sebulan dapat membantu menstabilkan tekanan darah ketika stres. Ambil sebanyak 3 auns sehari, iaitu  separuh di waktu pagi dan separuh lagi di waktu petang, ia akan membantu meredakan ketegangan otot arteri. Secara  tidak langsung membantu mengurangkan tekanan pada jantung. 1 ½ auns pistachio mengandungi 240 kalori dan 10gm lemak.

KECILNYA SAIZ PERUT!

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/kecil%20perut%20guna.jpg


Saiz perut seseorang hanyalah sebesar penumbuk mereka. Bayangkan betapa banyak yang anda makan untuk memenuhi ruang kosong dalam perutmu itu? Ada kalanya anda terlebih makan tetapi masih tidak menyedarinya. Menurut Michelle May, MD dan juga pengarang Am I Hungry? berkata rasa lapar ialah petanda apabila tubuh memberitahu yang ia memerlukan makanan. Apabila anda selesai makan, anda seharusnya merasa selesa bukannya penat, terlalu kenyang atau letih.

BAHAGIKAN JUMLAH KALORI

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/kalori%20guna.jpg


Bagi  mengelakkkan rasa mudah merasa lapar, makanlah kalori sedikit demi sedikit sepanjang hari. Penyelidik obesiti Rebecca Reeves berkata, kajian membuktikan orang yang makan empat ke lima snek dalam sehari mampu mengawal nafsu dan berat mereka. Bahagikan jumlah kalori yang anda perlu ambil dalam sehari dan bahagikan kepada pecahan kecil. Makan tidak salah tetapi ia perlu dihentikan sebaik sahaja anda selesai makan malam.

* Minuman detoks yang boleh anda buat sendiri di rumah adalah dengan mencampurkan air suam dengan satu sudu cuka epal bersama madu dan hirisan halia. Minuman ini dapat merangsang sistem pencernaan.