Apakah jenis senaman yang anda gemari? Biasanya seseorang itu akan memilih senaman yang mereka suka atau mampu untuk mereka lakukan. Bukan semua orang boleh melakukan senaman kardio dan buka semua akan sukakan gerakan tangkas dalam senaman zumba.

Salah satu senaman yang sangat popular dan semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita di malaysia adalah yoga. Kalau dahulu, tidak ramai yang sukakan yoga kerana nampak seperti susah. Sebenarnya, yoga sangat bagus. Ikuti entri ini untuk mengetahui kebaikan yoga.

1. Jika seseorang itu melakukan yoga selama 10 minit setiap hari, otak akan menjadi kreatif dan lebih mudah berfikir. Seseorang itu juga akan menjadi lebih fokus bahkan emosi boleh dikawal dengan lebih baik.

2. Yoga juga membantu untuk memantapkan sistem imunisasi tubuh. Mungkin anda 'seram' melihat pergerakan yoga yang memerlukan kita melakukan lipatan tubuh yang ekstrem, tapi sebenarnya setiap gerakan itu membantu menguatkan otot pada badan.

3. Seorang pakar perubatan dari National Center for Complementary & Integrative Health (NCCIH), Dr. Richard Nahin mengatakan, yoga sangat baik untuk membina ketahanan mental dan tubuh yang kuat. Bahkan, banyak doktor yang menyarankan pesakit penyakit kronik untuk melakukan yoga kerana ia dapat memberi semangat dan memudahkan proses pemulihan mereka.

4. Dr. David Shurtleff, juga salah seorang pakar dari NNCIH pula berkata, yoga adalah antara senaman terbaik untuk membina keyakinan diri dan membentuk aura positif dalam diri seseorang.

5. Yoga juga dipercayai baik untuk wanita hamil. Senaman ini membantu menguatkan tubuh mereka dan dapat meredakan masalah lenguh-lenguh badan. Jika diamalkan selalu, ia sebenarnya membantu bukaan 'jalan' untuk melahirkan anak.

Jangan fikir yoga tidak membantu pengeluaran peluh. Kalau dibuat dengan teknik yang betul, berpeluh juga satu badan ya! Bagi anda yang kurang sukakan senaman secara agresif, mungkin boleh mula mendaftar kelas yoga hari ini. Selamat ber-yoga!