Sekali-sekala mencuba makanan Jepun menarik juga. Memang agak sukar untuk kami mencari restoran makanan Jepun halal di Malaysia ini. Namun rupanya jiran terdekat kami, Grand BlueWave Hotel menyediakan makanan Jepun halal 100% sesuai untuk majlis berbuka puasa atau pun untuk mereka yang ingin menukar menu dari negara matahari terbit.

 

Mencari yang halal itu wajib bagi setiap umat Islam. Pemilihan makanan di mana-mana restoran perlu diteliti dengan betul. Lebih-lebih lagi jika ia makanan dari negara luar seperti makanan Jepun. Silap pilih nanti kita juga menjadi mangsanya.

 

Restoran Jepun Agehan bertempat di Grand BlueWave Hotel, Shah Alam ini boleh dijadikan lokasi ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan. Mereka menerima pensijilan sajian Jepun 100%  HALAL JAKIM dan JAIS.

 

Daripada segi menu pula, sajian “ All You Can Eat” mengandungi lebih 70 jenis makanan dan hidangan yang boleh dipilih bermula dengan pembuka selera, salad, shashimi dan sushi, sajian kukus dan reneh, mi dan nasi, sup, menu bergoreng dan seterusnya pemanis mulut pada harga RM 69++ untuk dewasa. Memang agak rambang mata memilihnya. Malah ada juga tawaran diskaun 15% kepada warga emas dan 50 % kepada kanak-kanak.

 

Menurut chef yang bertugas, Chef Eiji Tokuda yang merupakan  Master Chef Jepun, antara hidangan yang mesti dicuba dan turut mendapat permintaan ramai seperti Kaniko Salada, Carlifornia Roll, Beef Teriyaki, Saba Shioyaki, Garlic Fried Rice, Soft Shell Crab Karage dan juga sup istimewa Miso Sup.

 

Jadi, buat mereka yang berjahat untuk iftar dengan makanan Jepun halal, ini salah satu tempat yang kami tahu. Atau mungkin pada bila-bila masa sekalipun ingin merasai menu lain daripada menu lokal, bolehlah mengunjungi Restoran Jepun Agehan.