Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Cina untuk meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan hidangan yang enak bersama keluarga. Hotel Grand BlueWave sendiri tidak mahu ketinggalan menyediakan menu masakan cina dengan cara lebih halal supaya boleh dinikmati oleh semua masyarakat.

 

Bermula 16 Januari sehingga 28 Febuari 2014, Auspicious Yee Sang Menu, Golden Prosperity CNY Set Menu A or B or C, Lunar CNY Eve Special Set Menu serta Special CNY All You Can Eat Menu akan dihidangkan di Tung Yuen Chinese Restaurant. Hidangan istimewa ini akan dihidangkan setiap hari bermula jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang sebagai hidangan tengahari manakala makan malam bermula 6.00 petang hingga 10.30 malam.

 

Menariknya, hidangan di BlueWave ini bukan saja disediakan oleh chef profesional masakan Cina tetapi memberi harga yang berpatutan mengikut saiz hidangan dan jumlah pelanggan. Auspicious Yee Sang Menu yang menjadi kewajipan masyarakat Cina boleh diperolehi dengan harga serendah RM30++ sehingga RM260++.

 

Jika anda mahu menikmati hidangan Cina di BlueWave ini, jangan lupa cuba Baked Baby Lobster with Cheese & Garlic, Fried Rice with Pumpkin & Chicken Meat in Lotus Leaf, Double Boiled Dry Seafood Soup with Ginseng Sliced, Braised Baby Abalone with Dry Seafood and Dried Oyster dan banyak lagi tanpa rasa was-was. Siapa kata hidangan masakan cina di Malaysia ini terhad? Restoran Tung Yuen Chinese boleh realisasikan impian anda!