Tidak ramai orang yang sukakan rasa oat. Apatah lagi jika ia dimasak begitu saja tanpa diberikan suntikan rasa. Banyaknya khasiat oat, amat rugi jika makanan ini dipandang enteng.

Berikut adalah resipi oat yang boleh anda cuba untuk menikmati oat tanpa rasa ragu-ragu. Sedap, mengenyangkan, dan paling penting, baik untuk kesihatan!
Saiz hidangan: 3 hidangan

BAHAN-BAHAN:
½ cawan oat
½ cawan muesli
1 cawan yogurt berry
6 biji strawberry

CARA MEMBUAT:
Letakkan oat ke dalam gelas kaca. Kemudian, tuangkan yogurt berry ke atasnya. Masukkan muesli di atas yogurt dan lapiskan dengan yogurt lagi. Taburkan buah strawberry dan sedia dinikmati.

Untuk Kesihatan: Oat adalah makanan yang boleh menggelakkan berlakunya sakit buah pinggang selain daripada bubur, nasi dan kentang.

Analisis Nutrisi (1 orang):
Kalori : 132kcal
Karbohidrat: 26g
Protein : 4.5g
Lemak: 0.2g