Selain berenang, tahukah anda terdapat senaman lain yang boleh kita lakukan di dalam air? Ya, memang ada, dan senaman berkonsepkan tarian ini dinamakan Aqua Zumba. Jom lihat step mudah senaman ini yang ditunjukkan oleh trainer Celebrity Fitness. Untuk penerangan lebih lanjut mengenai step tarian yang dilakukan trainer ini, jangan lupa dapatkan Majalah Rapi isu 15 September!

 

Kaedah senaman di dalam kolam renang ini mula diperkenalkan di Sepanyol dan masih baru lagi di negara ini. Khas bagi anda yang sukar melakukan latihan fizikal yang memerlukan banyak tenaga, Aqua Zumba adalah jawapan terbaik.