Buah delima berasal dari Asia barat daya dan biasanya mula berbuah pada September hingga Februari. Saiz buah delima yang matang adalah sekitar tujuh hingga 12 sentimeter diameter. Sebiji buah delima terdapat sekitar 700 hingga 800 benih padat yang dipanggil arils berwarna merah.

Kulit cantik dengan delima
Sumber asid folat dan antioksidan dapat merangsang, membuang toksik dan meningkatkan kecantikan kulit secara semula jadi. Kandungan gula dalam buah delima mampu bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati.

Tip memilih buah delima
Ketika memilih buah delima, pastikan memilih buah yang berat dan berkulit bersih. Jangan pilih jika kulit buah delima sudah merekah. Buah delima tahan sehingga enam bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
 
Xtra!
Buah delima kaya dengan antioksidan tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah, beri biru, kranberi, dan oren. Antioksidan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dalam tubuh.

Info:
Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
 

KALORI HIDANGAN BERASASKAN DELIMA

*Salad Bayam Bersalut Sos Delima
1 hidangan 170 kalori

*Ayam Panggang bersama Delima
1 hidangan 949 kalori

*Biskut coklat delima
1 keping – 77 kalori

*Sorbet delima
1 hidangan (3 sudu aiskrim) sudu 350 kalori

*Salad quino, feta dan delima
1 hidangan 279 kalori

*Ayam bersalut delima dan badam
1 hidangan 590 kalori

*Nasi lemak bersama delima
1 hidangan 319 kalori