Wanita memang suka makan. Tidak kiralah sama ada bersendirian mahupun ada teman, kita cenderung untuk mengunyah. Pendek kata, kiat akan suka apa pun jua bentuk makanan. Kemudian, mulalah rungsing mengenangkan berat badan yang kadang-kadang ‘ternaik’ tu. Errr... Apa yang boleh kita buat untuk mengawal nafsu makan yang melampau ni ya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui enam trik yang RAPI kongsikan.


1. Jangan skip waktu makan

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/skip%20makan%20guna.jpg


Jika anda rasa skip waktu makan boleh mengurangkan berat badan, ternyata itu salah. Walau sesibuk mana pun anda, makanlah pada masa yang betul. Anda boleh merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat. Cara ini bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal.

Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuatiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.

2. Hidu haruman yang menenangkan

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/minyak%20pati%20guna.jpg


Ini satu lagi trik yang tidak ramai orang tahu. Anda boleh bawa minyak aroma terapi yang mempunyai haruman bunga atau sensasi menyegarkan ketika keluar rumah. Apa kaitannya dengan keinginan untuk makan?

Sekiranya anda menghidu bau yang harum, keinginan untuk makan akan segera terhenti. Perkara ini berlaku kerana haruman tadi telah menguasai keseluruhan deria rasa anda dan akan ‘membunuh’ hasrat untuk makan. Jika khuatir anda akan pening kerana bau harum yang kuat (akibat menghidu dari dekat), campurkan dengan sedikit air dan sembur di sekitar anda.

3. Dapatkan tidur yang cukup

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/perempuan%20tidur%20guna.jpg


Eh, apa kaitan tidur dengan selera makan? Ha, kalau anda nak tahu ada yang menyangka kurang tidur mungkin dapat membakar lebih kalori. Baiklah, ini kebenarannya. Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga.

Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti. Hormon dalam badan akan menjadi tidak stabil. Awas, kerana risiko mendapati pelbagai penyakit lain juga  tinggi. Jadi, cubalah atur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.

4. Minum air yang banyak

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/minum%20air%20guna.jpg


Apabila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon agar terdapat sedikit perasa.  Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

5. Bawa snek dari rumah

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/epal%20guna.jpg

Kalau dah tahu anda pasti akan mahu mengunyah di pejabat, seeloknya bawalah bekal snek dari rumah. Snek yang dimaksudkan bukanlah keropok, gula-gula atau jajan yang tidak sihat ya! Anda boleh bawa buah-buahan kering. Jika tidak suka, anda mungkin boleh bawa buah epal hijau dan makan bersama mentega kacang. jangan tak percaya, tapi rasanya sedap,

6. Periksa sebab rasa lapar

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/perempuan%20fikir%20guna.jpg


Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut.  Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata.