Lemon semakin popular sejak air detoks diperkenalkan. Resipi menggunakan lemon juga sudah banyak dipelbagaikan. Selain itu juga, lemon sudah banyak digunakan dalam masakan untuk menggantikan limau. Mungkin harganya sedikit mahal, tapi khasiat lemon tidak boleh dipandang enteng. Bagi anda yang sudah mula menggemari buah ini, syabas RAPI ucapkan. Buat yang masih berbelah bahagi, berikut senarai kebaikan lemon yang harus anda ketahui.

 

1. Kuruskan Badan

Minum air lemon pada waktu pagi dapat membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting untuk proses diet.

 

2. Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenaga. Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam, pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari

 

3. Cantikkan Kulit

Tahukah anda yang lemon ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.

 

4. Sokong Sistem Imun

Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan kita mudah terkena demam selesema.

5. Bantu Penghadaman

Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar, cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi. Air suam dengan lemon ini membantu merangsang saluran penghadaman dan merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.

 

Nah, RAPI share resipi best menggunakan lemon. Paling penting, ia SIHAT!

 

http://support.karangkraf.com/editorial/rap/2308/ayam%20rapi%20guna%202.jpg

 

Ayam Panggang Lemon

BAHAN-BAHAN:

  • 7-8 keping dada ayam (tanpa kulit)
  • 1/2 biji lemon
  • 1 sudu besar parutan kulit lemon
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 9 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • 1 sudu teh daun thyme kering
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Sedikit garam dan serbuk perasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200┬░selsius.
  2. Kemudian tumis bawang putih dalam minyak zaitun (jangan sehingga terlalu garing).
  3. Kemudian masukkan parutan kulit lemon, serbuk oregano, daun thyme, jus lemon, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  4. Ambil dada ayam dan lumurkan dengan minyak zaitun dan bawang putih tumis tadi.
  5. Kemudian susunkan dada ayam di dalam loyang pembakar dan panggang ayam selama 30-40 minit sehingga ayam masak.

 

sumber foto: www.27east.com