Apabila kita semakin dimamah usia, kulit kita juga mula longgar dan kedut dan ini adalah kenyataannya. Oleh sebab itu, regimen anti-penuaan sangat penting dan diperlukan. Mulakan seawal mungkin; lewat 20-an atau awal 30-an, dan kulit anda akan dalam keadaan yang baik sehingga anda menjengah 50-an.

 

Mencuci dan melembap kadangkala tidak mencukupi dan face packs sering kali dilupakan. Dalam hal ini, jika anda pakai face packs secara regular ia boleh membantu kulit anda untuk kekal muda dan ketat. Mari Rapi berikan anda lima resepi masker telur yang sangat berkesan dan membantu kulit anda kembali remaja.

 

Resepi 1: Putih telur & madu

 

masker 1 telur madu

 

Campur sebiji putih telur dan satu sudu besar madu. Kacau sehingga sebati dan sapu ke seluruh wajah dan juga leher.

 

Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh dengan air sejuk. Masker ini akan tone kulit anda dan juga melembap kuli untuk rasa dan tampak segar.

 

Resepi 2: Putih telur & yogurt

 

masker 2 telur yogurt

 

Campur sebiji putih telur dengan satu sudu besar yogurt. Tambah sedikit gula merah. Letakkan pada wajah dan leher anda dengan secukupnya dan urut dengan perlahan selama 10 minit. Biarkan masker ini selama 10 minit sebelum dicuci.

 

Masker ini baik untuk membuang sel kulit mati dan mengetatkan kulit yang melendut. Ia memberi seri dan keremajaan kulit.

 

Resepi 3: Putih telur & oatmeal

 

masker 3 telur oatmeal

 

Kocakkan putih telur ini bersama dua sudu besar oatmeal. Jadikan ia pes dan sapu pada muka. Biarkan ia selama 20 minit dan alamilah penegangan kulit secara natural.

 

Resepi 4: Putih telur & lemon

 

masker 4 telur lemon

 

Campurkan sebiji putih telur bersama dua sudu besar jus lemon. Tambah sedikit madu asli. Kocakkan kesemua bahan ini sehingga menjadi buih dan sapu ke wajah dan leher. Tunggu selama 30 minit sebelum anda membasuhnya.

 

Jus lemon sangat efektif dalam menghilangkan bintik hitam, kulit mati dan minyak berlebihan manakala putih telur menjadikan kulit lebih tegang dan madu membantu meningkatkan lembapan yang hilang.

 

Resepi 5: Putih telur & cuka epal

 

masker 5 telur cuka epal

 

Campur dua sudu besar cuka epal dengan sebiji putih telur dan gaul sehingga sebati. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Kemudian bersihkan dengan air yang mengalir.

 

Cuka epal akan membersih wajah dan melegakan kulit sementara putih telur akan menegangkan kulit.