Memiliki wajah yang bersih dan putih merupakan keinginan setiap wanita. Memang benar wanita yang berkulit putih beruntung kerana tidak perlu melakukan rawatan pemutihan tetapi wanita berkulit putih perlu memelihara kulit agar tidak diserang dengan noda-noda hitam.

 

Bagi wanita yang berkulit sawo matang pula tidak salah melalui proses pemutihan tetapi biarlah dengan teknik dan cara yang betul. ketahui apa yang perlu anda lakukan untuk menjaga kulit wajah agar kekal bersih dan sihat.

 

TIP RAWAT WAJAH ELAK KUSAM

1.    Cuci muka rutin setiap hari

Mencuci muka adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari tanpa alasan. Pencuci yang khas untuk rawatan wajah perlu dipilih agar sesuai dengan jenis kulit. Pencuci wajah yang berasaskan bahan-bahan semula jadi sangat digalakkan. Namun, dalam sehari tidak digalakkan untuk mencuci muka lebih dari dua kali. Sebaik-baiknya cuci muka selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Pastikan jika anda bersolek tebal, cuci sehingga bersih tanpa meninggalkan sisa solekan.

 

2.    Guna krim pelindung matahari

Wanita yang sering melakukan aktiviti di luar kawasan rumah lebih berisiko mengalami kulit yang rosak. Sinaran matahari yang melampau akan meresap jauh ke bawah kulit dan merosakkan sistem kulit daripada bawah. Oleh itu, sebarang aktiviti luar yang melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, jangan lupa pakai krim pelindung cahaya matahari untuk melindungi kulit wajah.

 

3.    Elak sikap suka memegang wajah

Boleh dikatakan hampir semua wanita mempunyai tabiat memegang kulit wajah. Setiap kali timbul persoalan atau sedang memikirkan sesuatu, wanita akan menyentuh kulit wajahnya. Tabiat ini tidak elok kerana tangan yang kotor apabila menyentuh kulit wajah akan menambah kekotoran. Ini boleh dijadikan penyebab atau merangsang jerawat. Jika tangan anda dalam keadaan bersih maka tidak perlu berfikir sama ada boleh memegang wajah atau tidak.

 

PUTIH SECARA ALAMI

 

 

LEMON

Lemon sangat baik untuk mengeluarkan sel kulit yang mati dan menjadikan kulit putih secara semula jadi. Gunakan air perahan lemon untuk membersihkan wajah setiap pagi dan malam untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

 

 

PUTIH TELUR

Telur bermanfaat untuk melembapkan kulit. Selain itu, putih telur berfungsi untuk menganjalkan kulit. Cara yang sangat mudah iaitu dengan menyapu putih telur di wajah umpama memakai masker. Putih telur juga sangat berkesan untuk mengeluarkan bintik-bintik hitam di atas hidung.

 

 

AVOKADO

Avokado kaya dengan vitamin E dan berfungsi untuk membantu mencerahkan kulit wajah. Ambil isi avokado dan sapu di bahagian wajah seperti masker seminggu sekali. Selain itu, avokado juga boleh menghilangkan kulit berminyak dan menghilangkan jerawat.

 

 

TOMATO

Tomato juga digunakan untuk mencerahkan kulit. Tomato boleh mengeluarkan sel kulit yang mati pada wajah. Gunakan masker tomato di malam hari dan bilas dengan air suam di pagi hari. Setiap hari melakukannya boleh mencerahkan kulit secara semula jadi dari dalam.