Bagaimana memilih kanta lekap berwarna yang sesuai? Secara amnya, pemilihan bergantung kepada anda. Tetapi jika tidak pasti warna yang sesuai, anda boleh bertanyakan pakar optik, ahli keluarga atau rakan-rakan untuk mendapatkan pandangan mereka. Bukan hanya warna eye shadow, olesan maskara, ataupun eyeliner yang berperanan menjadikan mata berbicara. Pemakaian contact lens juga berfungsi menjadikan mata lebih bersinar dan menyerlah terutamanya bagi wanita yang mempunyai perhatian ‘lebih’ terhadap penampilan. Ayuh kita lihat beberapa tip berguna dalam pemilihan kanta lekap yang sesuai. 
 
 
Tip Memilih Kanta Lekap
Terdapat pelbagai pilihan dan jenama kanta lekap berwarna yang boleh dibeli. Jika ingin memakai kanta lekap berwarna, pemilihan warna bergantung kepada: 
  • Warna asal mata
  • Warna kulit.
  • Personaliti– Individu yang berkarektor daring lebih menyukai warna yang menonjol seperti biru, hazel dan turquoise.
  •  Pemilihan warna pakaian dan solekan. Namun, sekiranya anda seorang yang berani, dramatik dan ingin menjadi tumpuan ramai, pemilihan warna yang mudah menarik perhatian adalah jawapannya. 
  • Sekiranya warna mata semulajadi anda perang, kanta lekap berwarna violet, hijau atau biru mungkin sesuai. 
  • Jika rambut, kulit dan warna semulajadi mata anda mempunyai bayang warna birumerah dan sejuk, kanta lekap berwarna panas seperti perang muda adalah  pilihan terbaik.
  • Jika anda berkulit gelap, kanta berwarna terang juga sesuai untuk anda.
  • Sekiranya anda memakai solekan mata, pilihlah warna kanta lekap yang menonjol daripada warna pembayang mata dan maskara yang akan dipakai.
  • Jika anda seorang yang pemalu atau hanya mahukan penampilan yang semula jadi dan perubahan yang tidak ketara, pilihlah kanta lekap warna semulajadi juga.
  • Jika kulit, rambut, solekan dan warna semulajadi mata bertona panas, anda mungkin mahu memilih kanta lekap berwarna hangat seperti hazel atau perang.
 
Walaupun penggunaan kanta lekap mampu mengubah penampilan anda, jangan diabaikan faktor- faktor keselamatan. Jangka hayat dan kebersihan kanta lekap yang digunakan memainkan peranan penting bagi memastikan mata anda tidak mengalami kerengsaan.
 
Sekiranya memakai alat solek:
  • Gunakan penyembur aerosol (seperti deodoran, semburan rambut) terlebih dahulu sebelum memakai kanta lekap
  • Jangan memakai maskara (bahan kosmetikuntuk menghitamkan bulu mata) yang mengandungi gentian pembentuk bulu mata.
 
Pastikan kanta lekap anda:
  •  Bebas kuman dan habuk yang boleh mengganggu mata dan menyebabkan jangkitan.
  • Tidak berkabus atau kabur disebabkan enapan bahan protein dan bahan-bahan lain dalam air mata.
  • Selesa ketika memakainya. Ketika memakai kanta lekap: 
  • Basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun dan air sebelum menyentuh kanta. 
  • Letakkan kanta di atas tapak tangan dan bilas dengan beberapa titik larutan khusus untuk kanta.
  • Ulangi membilas kanta supaya semua sisa larutan yang digunakan untuk merendam kanta dapat dibersihkan.
  • Letakkan kanta di atas jari telunjuk.
  • Buka kedua-dua mata. Tarik kelopak mata atas sebelah kanan perlahan-lahan ke atas.
  • Lekapkan kanta tersebut.
  • Ulangi untuk kelopak mata sebelah kiri.
 
Pilih Jenis Kanta Lekap Yang Ideal
  • Terdapat tiga jenis kanta lekap iaitu single tone, double tone dan triple tone.
  • Kanta lekap single tone terdiri daripada satu lapisan tona warna dan kelihatan kurang semulajadi. 
  • Kanta lekap double tone pula terdiri daripada warna asas dan tona warna pupil (di sekeliling anak mata). 
  • Kanta lekap triple tone terdiri daripada tona warna asas, warna pupil dan warna lingkaran  luaran kanta (paling gelap). Jenis triple tone akan mengalami perubahan warna secara beransur-ansur dan gabungan warna dengan warna asal mata lebih semulajadi. 
 
Pesanan RAPI
Tidak kira apa pun fesyen dan warna kanta lekap anda, pastikan anda memilih kanta lekap yang mempunyai preskripsi dari pegawai optometri. Elakkan membeli kanta lekap yang mudah didapati di mana- mana dengan harga yang sangat murah kerana dikhuatiri ia akan meninggalkan kesan negatif akibat pengunaannya