Janji diatur, akhirnya dia tiba di lokasi. Cantik orangnya. Tinggi lampai, kulitnya gebu. Penulis memang suka melihat wanita cantik. Indah sungguh ciptaan Tuhan ini. Dia datang dengan muka polos. Berbody hugging hitam, berseluar jeans dengan sepatu ringkas. Ditemani Nani Rostam iaitu mamanya yang juga merangkap jurusolek peribadinya. Tangan dihulur sebagai tanda pengenalan diri. Penulis terus mengajaknya menuju ke bilik solek untuk didandan rapi. Tak sabar juga untuk penulis korek rahsia diri Hanis Zalikha Zainal ini. 

 
Sihat Dengan Menari
Seperti biasa, sebelum sesi penggambaran bermula, penulis ada bertanyakan kepadanya apakah aktiviti yang sering dia lakukan untuk tampil langsing. Maklumlah, majalah kami berkonsepkan sihat dan cantik. Jadi penggambaran juga haruslah mengikut tema. “I do the dancing workout and jogging.” Balas Hanis menerusi  sistem pesanan ringkas (SMS) kepada penulis. Mengapa menari? Kata Hanis, menari merupakan senaman yang sangat enjoy dan tidak membosankan. Baginya, menggerakkan badan mengikut alunan irama lagu memang mengasyikkan.
 
“Apabila muzik dimainkan, keseluruhan bahagian badan seperti dibuai keasyikan  bergerak. Saya puas apabila melakukannya. Ia bukan sekadar gerak tari biasa. Menari mampu membuatkan saya berpeluh sekaligus menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan saya. Menari juga merupakan aktiviti sihat. Saya akan lakukannya selama 30 minit sehari dengan iringan lagu-lagu kegemaran. Jangan tak tahu, menari juga merupakan satu cara untuk membantu mengurangkan tekanan, memperbaiki kekuatan diri dan meningkatkan tenaga dan kekuatan otototot
badan,” katanya. 
 
Minat Menulis
Selain menari, gadis berwajah ala Thailand ini juga minat menulis. Penulisannya melalui laman blog kini mencecah 40 ribu pengikut. Bayangkanlah, hanya empat
tahun masa diambil untuk menulis, diasudahpun mempunyai pengikut seramai itu.  Apa yang menariknya tentang blog Hanis hinggakan mampu menarik perhatian blogger di luar sana? “www.inibelogsaya. blogspot.com. Saya mula menulis sejak lepas SPM. Saya memang minat menulis kerana bagi saya itu merupakan satu kepuasan dan apa sahaja saya boleh kongsi bersama pengikut saya. Biasanya ilham untuk menulis blog datang ketika waktu mandi. Saya akan mula menulis blog pada awal  pagi dan tidak akan menulis pada waktu petang atau malam. Bagi saya, idea waktu pagi sangat fresh. Dari situ jari jemari saya mula laju menaip.” 
 
Ada juga penulis tanya, mengapa dia tidak menghasilkan novel sahaja. Katanya, “Novel terlalu serius dan mengambil masa yang lama. Saya suka menulis sesuatu yang ringan dan bukannya sesuatu yang berat. Saya juga seorang yang tidak sabar dan mahukan feed back yang cepat dari pengikut saya. Kalau boleh saya 
mahu semua cepat. Saya akan peruntukkan masa selama satu hingga dua jam untuk menulis, edit dan juga upload gambar. Saya akan terus menulis sampai bila- bila. Sampai tiada apa yang ingin saya ceritakan lagi. Mungkin suatu hari nanti, saya berkahwin, saya dapat anak, jadi saya akan bercerita melalui skop yang berbeza pula. Alhamdulillah, sekarang saya juga bergelar pengacara untuk program ‘Mad Market’ di mana program ini banyak memaparkan tentang shopping travelogue. Saya akan mengembara ke seluruh Asia untuk memperkenalkan tempat-tempat menarik dan sesuai untuk membeli-belah. Selain itu, saya juga ada 
terlibat dengan dunia lakonan,” ujar bekas model ini lagi. Selain itu, Hanis juga berbakat dalam bidang nyanyian. 
 
Keluarga Paling Utama 
“Saya mempunyai tujuh  orang adik beradik. Saya merupakan anak ke dua. Hubungan kami sangat erat dan biasanya pada cuti hujung minggu, saya akan  abiskan
masa bersama keluarga dengan aktiviti membeli belah. Saya juga suka menghias bilik. Biasanya kami akan shopping baju, kasut dan barang-barang rumah. I love
shopping! Selain membeli belah, kami juga akan mengunjungi pusat-pusat karaoke," terangnya sambil ketawa kecil. Walaupun nampak lembut pada luaran, saya sebenarnya gemar melakukan aktiviti ekstrem seperti mencuba permainan roller coster. Saya suka mencabar diri  sendiri. Dari situ saya menjadi lebih berani
walaupun sifat pemalu dalam diri masih menebal. 
 
Rahsia cantik dengan Colagen Dust
Apabila penulis melihat ibunya, memang tidak ada gaya wanita ini sudahpun berusia 47 tahun dan mempunyai tujuh orang cahayamata. Kulitnya masih tegang.  Bentuk badannya juga masih mantap. Entah apa rahsia anak beranak ini agaknya. “Nak tahu rahsianya? Tanya mama saya,” katanya sambil menunjukkan mamanya kepada penulis. “Mama telah memperkenalkan produk kolagen kepada saya. Saya sudah amalkan minum kolagen ini hampir tiga tahun. Kolagen ini bukan sahaja baik untuk kulit, malah ianya juga baik untuk sendi-sendi kita. Saya juga mengamalkan minum susu sebelum tidur dan juga makanan tambahan yang lain. Saya akan pastikan jumlah tidur saya cukup. Pastikan cuci muka sebelum tidur. Bersihkan make up untuk elak kulit kusam. Saya mengamalkan cuci rambut pada waktu malam. Ini kerana, jika kita cuci rambut pada waktu siang, rambut akan mengembang. Saya juga ada mengamalkan minum teh hijau. Saya tidak pernah mengamalkan apa jua jenis suntikan dan banyakkan makan buah selain amalkan makan ulam-ulaman. Saya gemar memasak. Biasanya saya akan masak 
apa yang saya ingin makan sahaja. Apabila kita masak, kita akan berpeluh. Tahu tak, saya sangat suka melihat wanita berpeluh. Dari situ mereka kelihatan cantik.
 
Perancangan Masa Hadapan
“InsyaAllah, beri saya masa dua hingga tiga tahun lagi. Kalau boleh saya mahu punya perniagaan sendiri. Mungkin mengeluarkan kolagen atau kosmetik dari  jenama sendiri. Saya suka kongsi rahsia cantik dengan wanita di luar sana. Ini kerana saya ingin melihat semua wanita di Malaysia ini cantik. Saya suka tampil sederhana dalam berfesyen.  Saya tidak suka baju yang terlalu outstanding dari diri saya. Saya go for fit dan bukannya go for brand,” akhiri Hanis yang sukakan benda manis seperti coklat. Katanya coklat mampu membuatkan dirinya ceria.