Bulu mata setiap orang berbeza-beza. Ada yang panjang, pendek, lentik dan lebat. Cara paling mudah untuk mendapatkan bulu mata yang cantik adalah dengan menggunakan maskara. Tambahan pula terdapat banyak pilihan maskara dengan pelbagai fungsi yang boleh didapati dengan mudah di pasaran.

Ada wanita yang sanggup berusaha lebih dari itu. Bukan sekadar mengenakan maskara tetapi membuat extension bulu mata. Ya, perkhidmatan itu sudah mula popular di seluruh dunia.

Ini kisah seorang wanita yang sudah mencubanya. Erin Schwitter, 48, sentiasa merasa tidak yakin dengan bulu matanya yang nipis.

 

-Erin Schwitter.


"Bukan saja nipis, bahkan ia pendek. Kalau guna pelentik bulu mata pun tiada kesannya."

Kemudian Erin terlihat bulu mata rakannya cantik, dia tertarik untuk mencuba perkhidmatan extension bulu mata yang disarankan. Kata Erin, dalam tempoh seminggu selepas menggunakan extension bulu mata itu, hasilnya memang menakjubkan.

"Seminggu saja. Selepas itu, ia mula gugur. Lebih menyedihkan, bulu mata asli saya juga turut gugur. Gugur di pipi, kemudian ada juga di sinki. Malahan di bantal juga! Saat itu sangat memalukan kerana ada masanya bila keluar dengan rakan, mereka yang akan 'mengutip' bulu mata yang gugur di muka saya."

Tiga minggu kemudian, bulu mata yang tinggal lebih nipis dari yang asal. Hampir botak! Dalam tempoh empat bulan, secara perlahan-lahan baharulah bulu mata asal Erin tumbuh semula. Mujurlah...

Ingat ya, setiap apa yang ada pada wajah atau tubuh kita semuanya sudah sempurna. Jika mahu mencantikkannya, gunalah cara natural dan selamat. Tidak perlu ubah siapa diri anda, kerana dirimu sudah cantik seadanya.


sumber: www.womenshealthmag.com