Deodoran dipakai di ketiak untuk mengatasi masalah bau badan. Dah tentulah anda takkan merasa yakin untuk berada di khalayak ramai dengan adanya bau kurang menyenangkan kan?

Tahukah anda, tujuan deodoran selain mengatasi masalah bau keringat, ia dapat memelihara kelembapan semuala jadi pada kulit? Entri ini merungkai 3 fungsi lain deodoran yang mungkin anda tidak tahu.

1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah


Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.

2. Mengurangkan Masalah Melecet


Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Untuk itu, sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu, tapi usahlah berlebihan okay?

3. Mencegah Kulit Melepuh


Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baharu. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Kemudian, sarunglah kasut baharu anda dengan penuh yakin!

RAPI ingin ingatkan, kulit kita berbeza antara satu sama lain. Kegunaan deodoran yang disenaraikan ini mungkin membantu sesetengah daripada anda, tetapi tidak berkesan kepada yang lain. Untuk mengetahuinya, anda haruslah mencuba tiga trik ini terlebih dahulu ya!