Seluar bukan sahaja item wajib buat lelaki malah wanita juga menggunakan seluar sebagai pelengkap gaya. Sekurang-kurangnya seluar hitam adalah item wajib menjadi koleksi semua. Seluar hitam sesuai digayakan untuk semua acara dan boleh dipakai bila-bila masa tanpa syarat. Bagi yang mahu gaya feminin, gaya kasual atau rasmi boleh memilih seluar hitam untuk menyerlah penampilan.



•    Gaya formal
Seluar hitam jenis ini sesuai digayakan ke pejabat atau menghadiri majlis formal. Potongan yang ringkas dan dipadankan dengan jaket rona senada menyuntik imej elegan. Boleh juga digayakan untuk menghadiri temuduga kerja.

•    Gaya kasual
Bagi yang mahu mengekalkan imej feminin namun tidak mau kelihatan terlalu formal boleh mengenakan seluar hitam gaya kasual. Boleh dipadankan dengan kemeja lengan panjang untuk gaya yang ringkas. Boleh juga dipadankan dengan t-shirt lengan panjang ditambah dengan aksesori seperti rantai panjang atau anting-anting.

•    Gaya jalanan
Jika mahu gaya yang lebih ringkas, padankan seluar hitam dengan blaus polos atau t-shirt kegemaran. Kasut sukan atau loafer boleh dipadankan bersama. Gaya yang ringkas namun ranggi boleh diselitkan dengan kaca mata hitam yang bergaya.

 

Jenis potongan seluar hitam:

Black Button Detail Wide Leg Trousers

Black Jersey Harem Trousers

Black Tapered Trousers

Black Workwear Boot Cut Trousers

Black Workwear Slouch Trouser

Ultimate Cigarette Trousers


Workwear Skinny Trousers