Salah satu elemen penting untuk mencantikan solekan wajah adalah penggaris mata. Tanpa pembayang mata sekalipun, solekan mata boleh tampak cantik dengan garisan mata yang kemas dan tepat. Jika dibuat secara sambil lewa, ia akan mencomotkan rupa keseluruhan mekap.

Penggaris mata tidak terhad kepada warna hitam dan coklat gelap sahaja, bahkan jika anda kreatif pilihan warna boleh diperbanyakkan. Berikut adalah teknik menggaris mata dengan betul untuk menambah seri solekan anda. Selamat mencuba!

1. PILIH WARNA PENGGARIS MATA YANG SESUAI
Amat penting untuk memilih warna penggaris mata yang sesuai dengan warna mata. Untuk wanita Asia, pilihan penggaris mata yang sesuai ialah warna hitam, coklat, atau plum. Pastikan ia boleh dikombinasikan dengan warna pembayang mata yang dipakai.

2. BERI ILUSI SMOKEY EYES
Untuk mendapatkan kesan smooky eyes pula, oleskan pembayang mata warna sama dengan penggaris mata. Oleskan pada garisan yang sudah dibentuk lalu gosok dengan halus agar garisan yang dibuat tahan lebih lama.
 
3. KENALI BENTUK MATA
Buat mereka yang memiliki mata bersaiz besar, cukup sekadar menarik garisan bermula dari pertengahan bukan dari hujung mata. Untuk pemilik mata yang bersaiz kecil pula, tariklah garisan dari hujung dalam mata.

4. TEBALKAN GARISAN HUJUNG MATA
Mahukan kesan mata yang lebih tajam? Ulangi proses aplikasi namun tidak dimulakan dari hujung dalam mata tetapi mulakan dari tengah lalu buatlah lebih tebal pada bahagian hujung mata.

5. TABURKAN BEDAK
Sebelum membuat garisan di bawah mata, taburkan bedak pada kelopak mata bahagian atas dan bawah agar penggaris mata melekat dengan sempurna.

6. PILIH JENIS PENGGARIS MATA
Bagi membentuk garis mata yang tebal, gunakan penggaris mata berbentuk cecair. Pilihan terbaik adalah penggaris mata yang hujungnya berbulu. Manakala untuk kesan yang lebih semulajadi, gunakan pensil alis.

7. TIP ELAK TANGAN BERGETAR
Letakkan siku pada permukaan yang mendatar dan keras agar tangan tidak bergoyang bagi menghasilkan garisan yang sempurna. Mulai dari tengah kelopak mata ke arah dalam, lukis sedekat mungkin dengan batas bulu mata tumbuh. Lakukan proses yang sama untuk membentuk garis yang menghala ke arah luar mata.