Sunburn terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran lain seperti ultra violet (UV) yang melampau atau berlebihan yang mana badan tidak dapat lagi membantu mengawal pigmen pelindung kulit iaitu melanin.

Cahaya matahari memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu terutamanya pada sekitar pukul 10 pagi hingga 5 petang yang membahayakan iaitu sinaran ultraviolet (UV).

Gelombang ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.

6 CARA MUDAH ELAK SUNBURN
1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum.
2, Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkkan pakaian bewarna gelap.
4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah  topi atau payung.
5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah katarak.
6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit .


RAWATAN SEMULA JADI SUNBURN
MAYONIS
Selepas berjemur lama di bawah sinaran matahari, sapu sedikit mayonis pada kulit dan anda akan dapat rasa kesan kelegaan. Mayonis juga mengandungi cuka yang membantu mengurangkan kesan kulit terbakar akibat sinaran terik cahaya matahari. Ditambah pula mayonis yang disimpan dalam suhu sejuk apabila disapu pada kulit mampu menyejukkan kesan terbakar pada kulit.

TEMBIKAI
Tembikai boleh menyejukkan kulit anda yang terbakar akibat sinar matahari. Hiris nipis tembikai lalu tekan-tekan selama 20 minit pada wajah yang sudah dibersihkan, lalu bilas. Tembikai mengandungi zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah yang terbakar kerana matahari.

DAUN LIDAH BUAYA
Ambil beberapa tangkai daun lidah buaya dan patahkan di tengahnya. Ambil lendirnya dan sapu ke kulit wajah sambil mengurut perlahan. Cuba amalkan setiap hari. Pasti akan nampak kesannya nanti.

MASKER TIMUN & SUSU TEPUNG
Ambil beberapa biji timun kecil. Kisar sehingga hancur. Seterusnya campur dengan 2 sudu susu tepung. Setelah campuran ini likat, sapukan ke kulit wajah dengan rata. Jadikan seperti masker. Khasiat timun dan susu tepung dipercayai mampu menyejukkan kulit yg terbakar.

TOMATO
Cuci bersih tomato yang hendak digunakan. Kemudian belah 2. Gosokkan tomato ini pada wajah secara perlahan-lahan. Biarkan ia kering seketika di muka. Selepas 10 minit, cuci wajah dengan air bersih. Tomato juga mempunyai agen penyejukan sendiri.