Tahukah anda bahawa selebriti pujaan antarabangsa seperti Tom Cruise, Vanessa Hudgen dan artis tempatan seperti Sheila Majid sebenarnya mempunyai ketinggian tidak sampai lima kaki satu inci. Tetapi, mereka kelihatan lebih tinggi daripada ketinggian yang sebenar. Bukan jenama yang mahal membantu mereka untuk kelihatan lebih tinggi tetapi mereka tahu memilih pakaian yang sesuai untuk tubuh yang kecil. Mari selongkar rahsia untuk kelihatan lebih tinggi.

Seluar
•    Pilih seluar yang slim, skinny atau classic fit. Jika anda memakai seluar yang longgar atau baggy, ia akan menampakkan tubuh yang lebih besar dan pendek.
•    Elak memakai seluar yang mempunyai poket yang banyak atau mempunyai rekaan gelembung di bahagian punggung.
•    Seluar yang mempunyai cawat yang pendek memberi ilusi tubuh yang lebih pendek. Manakala seluar yang high waist pula membuat tubuh lebih kecil. Anda sepatutnya memilih seluar yang betul-betul di bahagian pinggang.

Baju
•    Sebaik-baiknya elak memakai baju turtlenecks. Pakaian begini akan menenggelamkan tubuh anda dan nampak lebih kecil.
•    Masuk baju ke dalam seluar mengikut keseimbangan kaki. Jika anda mempunyai kaki yang pendek, jangan menyimpan baju di dalam seluar.
•    Selalu memakai baju yang mengikut bentuk badan. Ini bukan bermakna anda perlu memakai baju yang ketat tetapi biarkan berpadanan dengan tubuh. Baju yang longgar akan meneggelamkan anda di dalam baju.
•    Baju yang mempunyai potongan V di leher paling sesuai untuk mereka yang bertubuh kecil. Potongan begini membuatkan anda kelihatan lebih tinggi. Anda sepatutnya mempunyai lebih banyak kolar berpotongan V di dalam gerobok.

Kasut
•    Pilih boots yang berpotongan bulat di depan kerana potongan begini membuatkan kaki anda kelihatan besar. Secara tidak langsung, ia membuatkan anda kelihatan lebih tinggi.
•    Kasut bertumit tinggi tidak menjadi kesalahan untuk anda memakainya tetapi biarlah ketinggian kasut tersebut bersesuaian dengan tubuh anda.

Jaket
•    Anda sangat sesuai memakai jaket yang mengikut bentuk badan. Potongan yang begini menjadikan anda nampak lebih kurus dan panjang.
•    Jaket seelok-eloknya berada di paras punggung. Tidak lebih pendek dan tidak lebih panjang.
•    Jangan memakai jaket yang mempunyai lebih daripada tiga butang. Ketepikan mengikut fesyen kerana butang yang banyak membuatkan anda lebih pendek.

Do’s & Don’t
•    Jika mahu memakai baju yang berjalur, pilih yang vertikal kerana ia mampu memberi ilusi yang lebih kurus dan tinggi.
•    Elak memakai rekaan yang mempunyai motif petak, motif papan catur atau apa sahaja yang boleh memisahkan motif vertikal.
•    Baju anda sebaik-baiknya senada dengan dengan poket atau apa sahaja rekaan yang ada di baju. Ini boleh membantu menyembunyi tubuh yang kecil.
•    Pakaian rona gelap boleh memberi ilusi kurus dan membantu orang yang bertubuh besar kelihatan kurus. Pakaian rona gelap juga boleh membantu anda kelihatan tinggi.
•    Ketika membeli-belah pakaian, anda perlu memilih pakaian yang mempunyai fabrik yang ringan dan lembut. Fabrik yang berat boleh membuatkan tubuh anda semakin pendek.