Fesyen adalah suatu topik yang tiada pasang surutnya. Wanita dan fesyen memang tidak boleh dipisahkan. Setiap wanita pasti mengikuti fesyen tidak kira umur, bangsa dan budaya. Satu ikon penting yang sering disebut dalam fesyen ialah dres. Ia sering menjadi pilihan wanita untuk menghadiri majlis tertentu. Namun, tahukah anda ada berapa jenis dres yang popular di dunia?

Wrap
Dress ini mengambil inspirasi kimono wanita Jepun. Dres yang membalut tubuh disilang di depan serta diikat dengan tali di pinggang.

Shift
Dres ini berpotongan lurus umpama tidak mempunyai potongan pinggang. Biasanya dres jenis ini tidak berlengan.

Strapless
Dres tanpa tali ini biasanya mengikut bentuk tubuh. Tidak kira pendek atau labuh, dres jenis ini mendedahkan bahagian bahu.

Sheath
Potongan jenis ini hampir sama dengan shift tetapi lebih mengikut bentuk badan pemakai. Biasanya potongan jenis ini panjang paras lutut sahaja.

A-Line
A-Line adalah dres yang kembang bermula daripada lubang lengan bawah. Potongan dres ini seperti huruf A.

Empire
Potongan pinggang dres jenis ini tinggi dan terletak di bawah payu dara. Jika potongan ini mempunyai lengan biasanya lengannya sempit untuk menyeimbangkan dres.

Halter
Dres potongan ini biasanya mempunyai tali yang diikat di belakang leher. Boleh jadi labuh, pendek, longgar atau mengikut bentuk badan.

Bias cut
Dres ini biasanya dipotong serong agar apabila disarung di tubuh, fabriknya mengikut bentuk badan. Potongan ini cantik kerana fabrik jatuh mengikut bentuk badan.

Asymmetrical
Dres jenis ini boleh juga hadir tanpa sebelah lengan atau mempunyai kedua-dua lengan. Dres jenis ini nampak romantik dan feminin.

Shirtdress
Dres jenis ini mendapat inspirasi daripada kemeja lelaki. Potongan yang ringkas dan berbutang di depan boleh jadi berkolar atau tidak.

Full
Dress potongan ini biasanya hadir dengan pleat di pinggang. Ada juga dres jenis ini berlapis di bawah untuk kain berpotongan loceng.